Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 28

A A A
Alkitab Versi Borneo

Mazmur Daud. 1Kepada-Mu aku berseru,

Ya TUHAN, Batu Pejalku;

janganlah berdiam diri terhadapku.

Takut nanti, jika Engkau membisu kepadaku,

aku menjadi seperti mereka yang masuk ke lubang yang dalam.

2Dengarlah suaraku merayu

apabila aku berseru kepada-Mu,

apabila aku mengangkat tangan

ke arah khemah suci-Mu.

3Jangan singkirkan aku bersama orang zalim,

dan mereka yang melakukan kejahatan,

yang menuturkan kata-kata damai kepada sesama manusia

tetapi kejahatan terpendam dalam hati mereka.

4AHukumlah mereka setimpal dengan perbuatan mereka

sepadan dengan kedurjanaan usaha mereka;

hukumlah mereka setimpal dengan apa yang dilakukan mereka;

berilah mereka hukuman yang wajar.

5Kerana mereka tidak menghiraukan segala perbuatan TUHAN

mahupun segala hasil kerja tangan-Nya,

Dia akan membinasakan mereka dan tidak akan memulihkan mereka.

6Segala puji bagi TUHAN,

kerana Dia telah mendengar suaraku merayu.

7TUHAN kekuatan dan perisaiku;

hatiku percaya kepada-Nya, dan aku ditolong-Nya.

Oleh itu, hatiku amat gembira

dan dengan nyanyianku aku akan memuji-Nya.

8TUHAN kekuatan mereka,

dan Dia tempat berlindung orang yang diurapi-Nya.

9Selamatkanlah umat-Mu dan berkatilah mereka yang menjadi milik-Mu;

jadilah gembala pembimbing mereka dan teguhkan mereka selama-lamanya.